Tajuk buku ini sangat sinonim dengan kanak-kanak. Sudah menjadi lumrah, pertanyaan KENAPA itu akan keluar dari mulut kanak-kanak apabila mereka tidak tahu tentang sesuatu. Pernah lihat iklan Wardina bersama anaknya di tv? Bukankah anaknya bertanya KENAPA dan KENAPA kepada Wardina? Itu menunjukkan sel-sel otak yang berhubung. Jadi tidak salah seorang kanak-kanak itu bertanyakan kepada ibu bapa tentang itu dan ini. Cuma kadangkala, ibu bapa itu sendiri tiada jawapan yang khusus dan bersesuaian kepada anak-anak.
Oleh sebab itu, Grolier mengeluarkan buku I Wonder Why yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang segala apa yang bermain di fikiran mereka. Buku ini bukan hanya untuk kanak-kanak, orang dewasa juga sesuai membaca buku ini. Tipulah jika kata orang dewasa mengetahui segalanya. Tanyalah kepada ahli keluarga kamu yang dewasa kenapa jerung tidak boleh tidur sepanjang hayatnya? Sudah pasti orang dewasa juga terpinga-pinga untuk menjawab pertanyaan tersebut. Sebab itulah buku I Wonder Why ini juga bersesuaian dengan orang dewasa. Sekurang-kurangnya kita juga dapat menjawab pertanyaan yang diberi oleh kanak-kanak.
Buku ini mempunyai 12 buah buku dan sebatang pen audio. Anda boleh bermain, mendengar dan belajar! Buku ini juga mempunyai permainan di dalamnya. Anda boleh bermain bersama-sama seisi keluarga. Selain itu, pelbagai jenis bunyi turut terdapat di dalam buku ini bagi memudahkan pembelajaran kanak-kanak. Contohnya anda boleh meletakkan pen itu di gambar yang terdapat di dalam buku dan dapat dilihat dengan jelas bunyi yang terhasil nanti. Seakan ilustrasi itu di alam nyata!
Tajuk-tajuk yang terdapat pada buku I Wonder Why adalah seperti berikut:
- Why Triceratops had Horns and other questions about Dinosaurs.
- Why My Tummy Rumbles and other questions about My Body.
- Why Soap Makes Bubbles and other questions about Science.
- Why The Wind Blows and other questions about our Planet.
- Why Stars Twinkle and other questions about Space.
- Why Volcanoes Blow Their Tops and other questions about Naturan Disasters.
- Why Pyramids Were Built and other questions about Eqypt.
- Why Ponies Wear Shoes and other questions about Horses.
- Why Kangaroos have Pouches and other questions about Baby Animals.
- Why Carterpillars Eat So Much and other questions about Insects.
- Why Castles Had Moats and other questions about Long Ago.
- Why Columbus Crossed The Ocean and other questions about Ships.
Di bawah ini pula adalah contoh ilustrasi bergambar di dalam buku:
No comments:
Post a Comment