Wednesday, 13 November 2013

APA ITU GROLIER?



Adakah anda mengenali Grolier? Grolier adalah sebuah program pembelajaran dimana ibu bapa mempunyai hak istimewa untuk mengajar anak-anak dengan pembelajaran yang menyeronokkan. Berbeza dengan sekolah, pembelajaran Grolier lebih seronok dan mudah untuk difahami.

Program Grolier sudah mula ditubuhkan semenjak tahun 1895 di Boston. Tidak lama selepas itu, Grolier membuka 70 cawangn di serata USA, Europe, dan Asia. Sekarang ini Grolier adalah salah sebuah pengeluar terbesar buku kanak-kanak.

Di Asia, Grolier sudah mula menapak sejak 50 tahun dahulu. Grolier membawa misi penting iaitu 'In-Home Learning Expert'. Grolier juga menyediakan produk yang berkualiti untuk membantu ibubapa mengajar dan memotivasi anak-anak di rumah. Mengembangkan cawangan di Asia seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Filippina, Indonesia dan India.

Di Malaysia, Grolier mula beroperasi pada tahun 1962 dan sejak itu sudah menawarkan pembelajaran moden dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia. Pejabat Grolier di Malaysia adalah di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment